DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

 

            Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri.

https://www.google.com.my/url?sa=i&urlP

      Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan Laman Web). Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.

          Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

        Marland (1972), telah mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu: “Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination:

a. General intellectual aptitude

b. Specific academic aptitude

c. Creative or productive thinking

d. Leadership ability

e. Visual and performing arts

    Persekutuan Amerika Syarikat memberi maksud pintar cerdas ditujukan kepada kanakkanak pelajar atau belia mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.

        Definisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.

        Negara England pula mendefenisikan, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan. Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas mengikut Public Law 91-230, seorang yang pintar cerdas dan berbakat adalah golongan yang dikenali sebagai seseorang yang layak secara professional yang secara kebajikannya mempunyai kebolehan yang terserlah. Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan / atau perkhidmatan yang bertahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara. Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam mana-mana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.

          Umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu yang dikatakan pintar cerdas ini. Mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran.

        Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanakkanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.

        Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanakkanak pintar cerdas), aras yang tinggi di dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang tinggi.

    Porter (2009) menyatakan kanak-kanak pintar cerdas memiliki domain kebolehan dalam intelektual, akademik, verbal, kemahiran bersosial, muzik, kemahiran fizikal, mencitrakan seni dan kecerdasan emosi (emotional intelligence). Beliau turut menerangkan cara untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas yang berdomain intelektual, akademik, verbal, kecerdasan emosi dan kemahiran bersosial.

        Manakala menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), pintar bermaksud “cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan” dan maksud cerdas pula adalah “sempurna akal untuk berfikir dan mengerti.” Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas ini dapat ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang pandai dalam sesuatu perkara dan mempunyai pemahaman yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain.

    Malah Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

    Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan akademik semata-mata malah kebolehan berkreatif dan bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juhga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.

    Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh.

    Oleh yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat. Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpamemprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini dengan pelajar normal.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DALAM KONTEKS PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN BLOG

NAMA AHLI KUMPULAN