DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DALAM KONTEKS PENDIDIKAN MALAYSIA






ttps://www.google.com.my/url?sa=i&url

    Dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lainlain.

        Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

        Adi Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program PTS yang diperkenalkan pada tahun 1996 yang telah ditamatkan selepas 5 tahundiperkenalkan dalam sistem pendidikan di Negara kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGENALAN BLOG

NAMA AHLI KUMPULAN