Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri. https://www.google.com.my/url?sa=i&urlP Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan Laman Web). Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “Th...