PROGRAM-PROGRAM MURID PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT



Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:

i. Pengasingan


ii.Pemecutan (acceleration)


iii. Pengayaan



                Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

      Pemecutan satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

            Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

            Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik.

            Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. Ia boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.

            Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disamping meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka. Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi yang mereka fikirkan. Aktiviti ini juga mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi dalam satu kumpulan yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam 3. pembawakan watak masing-masing.

            Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu persembahan. Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanakkanak dalam mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat. Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka. Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan. Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi.

                Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Aktiviti renang.            

                Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.

       ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»ðŸŒ»







🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

BERIKUT ADALAH INFO PROGRAM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS YANG DILAKSANAKAN DI NEGARA KITA. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DALAM KONTEKS PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN BLOG

NAMA AHLI KUMPULAN