JENIS-JENIS KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti

(Betts & Neihart, 1988).

        Jenis pertama. merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengambil risiko. Mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan hala tuju diri sendiri dan juga tidak bergantung pada orang lain dalam kehidupan seharian mereka.  

        Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa. Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi dan memahami emosi mereka. Ini akan membantu kanak-kanak pintar cerdas lebih memahami diri mereka dan situasi yang dialami.

        Jenis ketiga ialah kanak-kanak ‘bawah tanah’ atau bersembunyi di mana kanak-kanak cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki. Kanak-kanak ini perlu dibantu bagi mengembangkan potensi serta bakat yang ada pada mereka.

        Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang tidak sesuai untuk mereka. Kanak-kanak pintar cerdas jenis ini seringkali diabaikan kerana sering beranggapan mereka adalah kanak-kanak lembab walhal mereka adalah golongan yang mempunyai IQ yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah program khas yang bersesuaian dengan bakat mereka.

        Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel sebagai seorang kurang upaya dan sering dipinggirkan.

           Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan untuk mereka (Betts & Neihart, 1988). Kanak-kanak jenis inilah yang seringkali Berjaya seperi Adi Putra, Safiah, Amalina dan beberapa orang lagi.

https://www.google.com.my/url?sa=i&url

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DALAM KONTEKS PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN BLOG

NAMA AHLI KUMPULAN